New Released
App ini dibuat untuk anda yang berminat dan merancang untuk berniaga air balang ketika bulan puasa. Namun begitu, ilmu dan pengalaman yang dikongsikan di dalam app ini, sesuai juga untuk digunakan jika anda mahu berniaga di tapak-tapak bazar, pasar malam, atau di mana-mana pesta /karnival jualan yang diadakan di tempat anda.
Tapi bagi yang baru tahun ini nak berjinak-jinak menjadi usahawan, sudah tentu anda tak tahu apa yang perlu dilakukan. Macam-macam soalan yang mahu ditanya...dan bermacam-macam jawapan berbeza pula diberikan oleh kawan-kawan anda. Konfius tak?
Terutamanya air apa nak jual? Apa air yang mempunyai permintaan tinggi? Dan yang paling penting apa resepi nak buat tu? Betul tak? Dalam app ni disediakan 12 resepi air balang yang popular dan mudah untuk dibuat.
Resepi akan sentiasa ditambah dari semasa ke semasa. Jadi mana peniaga yang masih tercari-cari air apa nak jual boleh boleh muat turun app ini.