New Release - Perniagaan T5 SPM
Buku Teks Digital Perniagaan Tingkatan 5 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan 5.
Pelbagai aktiviti dirancang berpandukan pembelajaran berasaskan inkuiri yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid. Pembelajaran kendiri adalah diutamakan dalam buku ini supaya murid dapat mentaksir pembelajaran sendiri.
Melalui penggunaan Buku Teks Digital Perniagaan Tingkatan 5 ini akan menggalakkan inisiatif murid dan menjadikan murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Pengenalan buku teks digital merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula 2013 hingga 2025, dan diperkenalkan dalam tiga fasa oleh kerajaan sebelum ini.