Versi Pertama Aplikasi Sedekah - Serantau Muslim
Aplikasi "Sedekah - Serantau Muslim" dibina bertujuan untuk lebih kehadapan dan selari dengan trend serta teknologi dalam membantu lebih ramai muslim di Asia Tenggara
SERANTAU MUSLIM yang membawa slogan Persaudaraan Rentas Sempadan telah bergiat aktif untuk membawa visi SERANTAU MUSLIM iaitu menjadi NGO nombor satu yang membela nasib muslim minoriti di asia tenggara dan ini disokong dengan 4 misi serantau muslim yang jelas iaitu menjadi pembela dan sumber rujukan utama suara umat islam minoriti, menerajui bantuan kemanusian keseluruh dunia tanpa mengira agama & bangsa, memperbaiki kualiti pendidikan untuk umat islam minoriti dan menerajui jaringan ekonomi di antara umat islam di rantau ASEAN.
SERANTAU MUSLIM berhasrat untuk menjadi sebuah organisasi yang mampu untuk menjadi satu suara yang vokal dalam membawa mesej persaudaraan dan kedamaian.
Untuk tujuan itu, SERANTAU MUSLIM aktif mengadakan kerjasama dengan banyak NGO di seluruh rantau ASEAN khususnya dalam menjayakan visi dan misi Serantau Muslim termasuklah mengetuai AMSEC (Asian Muslim Secretariat) iaitu sebuah organisasi yang dianggotai oleh NGO dari seluruh Negara Asean yang berjumlah seramai 32 buah NGO.
SERANTAU MUSLIM menyasarkan program berdasarkan 7 OBJEKTIF UTAMA iaitu Membina Jaringan Kerjasama, Mengadakan Kutipan Derma dan Sumbangan, Mengadakan Kempen Kesedearan Umat Islam, Mengadakan Dana Khas Bencana Alam, Membina Barisan Pelapis Kepimpinan Umat Islam, Menjadi Wakil Suara Umat Islam Asean dan Memberi Penumpuan Khusus Kepada Pendidikan.
SERANTAU MUSLIM juga menyusun program dan aktiviti berasaskan kepada 9 STRATERGI BERTINDAK merangkumi Pendidikan dan Tajaan, Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam, Bantuan Kebajikan, Projek Kesihatan, Program Am, Bantuan Ekonomi, Suara Umat Islam Serantau , Program Pendidikan Kepimpinan (Anak Muda) dan Projek Khas.