Optimized to Android 10.
Dos ubat Paracetamol untuk kanak-kanak boleh dipreskrib berdasarkan kepada dua faktor iaitu umur atau berat badan. Sila rujuk label pada botol untuk sukatan mengikut umur kanak-kanak. Bagaimanapun, pemberian dos mengikut berat badan adalah lebih baik kerana kanak-kanak yang sebaya tidak semestinya mempunyai berat yang sama. Aplikasi ini membuat pengiraan dos paracetamol pada sukatan 15mg/kilogram.