Aplikasi Operasi Haji ialah sebuah aplikasi yang dibangunkan untuk membantu serta memudahkan urusan petugas-petugas haji sewaktu melaksanakan tugasan di tanah suci.
➜ CIRI-CIRI APLIKASI OPERASI HAJI
1) LAPORAN PERGERAKAN BAS INTERCITY :
✓ Petugas maktab / terminal melaporkan pelepasan dan ketibaan bas menggunakan aplikasi telefon pintar.
✓ Laporan dapat dibuat sejurus sahaja selepas bas berlepas/tiba tanpa perlu kembali ke pejabat.
✓ PMO dapat melihat secara terus laporan ini di paparan dashboard.
2) LAPORAN PERGERAKAN BAS MASYAIR :
✓ Laporan pergerakan bas dilakukan dengan menggunakan aplikasi telefon pintar.
✓ PMO memantau pergerakan bas menggunakan pelayar web.
✓ Laporan masih boleh dibuat walaupun tiada liputan (laporan direkod dahulu di dalam telefon, dan akan dihantar secara automatik apabila terdapat liputan).
3) KIRAAN JEMAAH :
✓ Kiraan menggunakan aplikasi telefon pintar.
✓ PMO memulakan arahan melalui konsol kawalan.
✓ Petugas maktab & sahabat TH menerima arahan terus ke telefon masing-masing beserta senarai jemaah untuk kiraan.
✓ Senarai dikategorikan mengikut rumah/khemah, tingkat dan bilik.
✓ PMO memantau jumlah kiraan di dashboard.
4) CARIAN MAKLUMAT :
✓ Carian boleh diperincikan mengikut nama, no kad pengelanan, umur, jantina, maktab dan jenis jemaah.
✓ Kiraan dengan imbasan kod bar.
5) CARIAN LOKASI:
✓ Carian lokasi penting di Tanah Suci
✓ Penunjuk arah menggunakan Google Maps