MyOri telah dibangunkan di bawah inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membekalkan maklumat hologram yang tepat kepada pengguna.
MyOri membolehkan pengesahan hologram dibuat melalui kaedah imbasan. Fungsi carian telah disediakan jika pengguna ingin mencari tajuk hologram yang spesifik. Sebarang pertanyaan lanjut atau aduan boleh disalurkan kepada KPDNHEP melalui fungsi aduan.