Aplikasi ini di bina khas untuk Muslim sebagai panduan dalam bacaan doa selepas solat fardhu mahupun solat sunat.
Jika anda bukan seorang muslim sekalipun tetapi berminat untuk mengetahui dan mempelajari berkenaan doa-doa pilihan untuk di baca selepas solat fardhu, kami sangat sarankan aplikasi ini untuk anda.
Jika anda seorang saudara baru atau baru memeluk Islam, aplikasi ini sangat sesuai buat anda sebagai panduan dalam berdoa setiap kali selepas menunaikan solat fardhu mahupun solat sunat.
Kami berharap aplikasi Doa Selepas Solat Fardhu ini dapat membantu dalam memberi manfaat kepada umat Islam seluruhnya.