Update New Version
+ Minor bug fixes
Himpunan Alunan Istighfar Zikir Taubat sangat berguna setiap umat islam sebagai makanan rohani dan membersihkan jiwa agar sentiasa tenang sepanjang masa.
Adalah menjadi suatu amalan yang baik seandainya zikir, doa-doa seperti ini diamalkan secara istiqamah di samping diperkembangkan di kalangan anggota keluarga terdekat, jiran tetangga dan sahabat handai. Zikir dan doa seperti ini jika diamalkan dengan penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab dengan izin Allah dapat membantu di dalam memanfaatkan masa supaya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang melalaikan.
Mudah-mudahan amalan zikir dan doa seperti ini dapat menjadi sumber keberkatan di dalam usaha membina generasi ummah supaya benar-benar menjadi pejuang Islam dan mengingati kebesaran Allah swt. Insya Allah.