Isikandung telah dikemaskini
Ratib Al-Attas telah disusun oleh Al-Marhum Habib Umar Bin Abdur Rahman Al-Attas Radhiallahu Anhu yang telah wafat pada 23 Rabiul Awal 1072H.
Almarhum Habib Muhammad Bin Salim Al-Attas telah menyatakan bahawa amalan ratib ini akan mengundang keamanan dan keselamatan bagi rumahtangga dan penghuninya dari kebakaran, kecurian dan sebagainya. Pembacanya akan dipelihara oleh Allah Subhannahu Wata'ala dari terkena sihir, serta terlindung daripada penyakit dan bala, iaitu dengan berkat ayat-ayat Al-Quran, Nama-nama Allah Subhannahu Wata'ala serta Zikir yang terkandung dalam ratib ini, Insya Allah.
Bagi Negara Brunei Darussalam khasnya, ratib ini diamalkan di masjid-masjid pada sebelah malam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
Dengan adanya applikasi ini, diharapkan agar ianya dapat membantu mempermudahkan para pengguna yang berugama islam untuk mempraktikkan amalan tersebut ketikamana dihasratkan.
Isikandungan yang termuat dalam applikasi ini telah disemak oleh Unit Penapisan & Kawalan Terbitan-Terbitan, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Bil Ruj : KQ(B)162/12