MyMesyuarat merupakan sistem pengurusan mesyuarat dan pemantauan keputusan mesyuarat secara dalam talian bercirikan Software as a Service (SAAS) dan cloud-enabled. Aplikasi ini adalah salah satu usaha dalam meningkatkan sistem penyampaian kerajaan selain memudahkan pengguna MyMesyuarat melakukan tugasan pengurusan mesyuarat secara dalam talian melalui aplikasi mudah alih. Kemudahan yang disediakan adalah Pengesahan Kehadiran dan Papar Minit. Kemudahan ditambah baik dengan fungsi Kemaskini Maklum Balas dan Lihat Laporan Maklum Balas.