Ejen Hartanah Lelong

MD Realty

Ejen Hartanah Lelong

کسب‌وکار
  • 0.00
(0 رای)

نصب رایگان

100

نصب ها

Android 4.1+

نسخه حداقل

با تبلیغات

تبلیغات

23.05.2020

تاریخ انتشار

تغییرات اخیر:

New Release Ejen Lelong 1.0 - Update Coming Soon

توضیحات:

Jana Pendapatan Sebagai Ejen Hartanah Lelong.

NOTE: APP EJEN LELONG MASIH DALAM PEMBINAAN!!!

Aplikasi ini diwujudkan untuk memberikan peluang untuk anda menjana pendapatan tambahan yang lumayan melalui kerjaya ejen hartanah lelong.

Panduan dan bantuan bimbingan telah disediakan kedalam app ini ia merangkumi pelbagai program dan perkara yang wajib anda tahu jika menjadi seorang ejen hartanah lelong.

Aplikasi ini memberikan maklumat mengenai jalan kerja dan tugas menjadi seorang ejen lelong di Malaysia.

Panduan dan sistem yang disediakan termasuklah panduan perniagaan dalam talian dan di lapangan, kaedah pengiklanan dan pemasaran ejen lelong, fungsi dan tugas ejen lelong, jalan kerja ejen lelong, cara membeli rumah lelong, soal jawab berkenaan lelong, peluang pendapatan ejen lelong, kelas dan bimbingan ejen lelong dari masa ke semasa.

Sebagai ejen lelong, anda dapat mengetahui banyak rahsia berkenaan hartanah lelong. Buka sahaja sebagai seorang ejen tetapi juga dapat belajar dan mengetahui rahsia-rahsia bagaimana membeli rumah lelong dengan cara lebih selamat dan betul.

Aplikasi ini akan dilengkapi dengan pelbagai bantuan aplikasi untuk memudahkan anda menjalankan kerja-kerja sebagai seorang ejen lelong yang profesional dan bersistematik.

Kami akan sentiasa mengemaskini aplikasi EjenLelong ini untuk memudahkan anda menjana pendapatan melalui kerja Ejen Hartanah Lelong.

Kami harap anda dapat menjana pendapatan tambahan yang lumayan melalui kerjaya Ejen Lelong ini. Gunakan dan kembangkan lagi kemahiran, bakat, dan minat anda supaya menjadi seorang ejen hartanah lelong dan juga Pelabur hartanah lelong yang berjaya.
Semoga berjaya!

Ciri-Ciri Aplikasi

# Pertama diwujudkan di Malaysia
# 100% Percuma untuk di muat turun.
# Kerjaya hartanah ada sepanjang masa
# Maklumat ringkas dan padat
# Aplikasi dikemaskini dan mudah


Peringatan:
Anda tidak dibenarkan mengubah, menjual atau mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan aplikasi ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain media sebelum mendapat izin daripada pihak kami. Tindakan akan diambil sekiranya melanggar larangan ini.

Penafian:
Segala strategi yang digariskan melalui aplikasi ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu keputusan. Kami secara khusus tidak bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerugian atas risiko, peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi daripada apa juga kandungan daripada ebook ini. Tiada jaminan bahawa penggunaan aplikasi ini akan benar-benar menghasilkan pendapatan. Kewujudkan aplikasi ini adalah untuk memberikan bimbingan dan perkongsian agar memudahkan lagi anda berada dalam industri dan menjadi ejen hartanah lelong di Malaysia. Pendapatan yang dijana juga adalah tidak tetap dan berbeza-beza antara individu dengan individu yang lain. Ianya bergantung kepada usaha, kemahiran, kesungguhan, teknik dan strategi yang dimiliki oleh seseorang sepanjang berada dalam industri hartanah lelong ini.

Sekian,
Ribuan Terima kasih kerana menggunakan aplikasi ini!

Semoga Aplikasi ini bermanfaat dan berguna untuk anda.

©EJENLELONG 2020

MD Realty برنامه های دیگر

ZonLelong

ZonLelong

MD Realty
  • 0.00
دانلود