Aplikasi Mobil Seminar Pengurusan Aduan Awam 2017 merupakan satu inovasi Biro Pengaduan Awam bagi memudahkan peserta seminar memperoleh maklumat ringkas mengenai keseluruhan perjalanan seminar yang diadakan pada 8 dan 9 Mei 2017 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDBKL), Kuala Lumpur. Modul yang terdapat di dalam aplikasi ini adalah seperti berikut:-
1. Maklumat penceramah
2. Jadual program seminar
3. Pautan kepada Media Sosial
4. Pautan kepada Aplikasi Mobil dan SISPAA
5. Maklumat lawatan
6. Lokasi - Kemudahan google maps