Sistem Pendaftaran Dan Pelesenan Penangkapan Ikan Rekreasi Kelautan Jabatan Perikanan Malaysia dikemaskini bagi modul tangkapan untuk menyenarai pendek maklumat spesis ikan bagi pemancing rekreasi serta membaiki ralat modul laporan pendaratan.
Sistem Pendaftaran Dan Pelesenan Penangkapan Ikan Rekreasi Kelautan Jabatan Perikanan Malaysia dibangunkan untuk;
1) Mewujudkan satu sistem pendaftaran dan pelesenan secara online bagi memudahkan capaian dibuat oleh pengguna yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat yang dianggarkan seramai 2 juta pemancing kelautan dan darat.
2) Membantu mengurangkan kebergantungan kakitangan pelesenan sediaada dalam proses pendaftaran dan pelesenan penangkapan ikan rekreasi kelautan.
3) Mempercepatkan proses kelulusan permohonan lesen dengan kelulusan segera (tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan; dan
4) Memudahkan pembayaran fi lesen dibuat dan menyediakan platform pembayaran yang lebih telus dan cekap