APEL.A

Education
  • 0.00
(0 votes)

Free Install

500

app installs

Android 4.4+

minimal version

With ads

advertisement

01.01.1970

release date

Recent changes:

New release

Description:

APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) didefinisikan dalam Malaysian Qualifications Framework 2nd Edition (MQA, 2017) sebagai proses verifikasi pencapaian seseorang individu bagi satu set hasil pembelajaran yang diperoleh melalui pembelajaran formal, bukan formal dan tidak formal tanpa mengambil kira masa dan tempat. APEL adalah satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

Tujuan APEL

APEL diperkenalkan bagi tujuan memberi peluang dan akses kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi.

Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) menerusi Akta Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency - MQA) 2007 (Akta 679) telah memberikan komitmen untuk mengiktiraf pembelajaran terdahulu sebaik mungkin. Pembelajaran yang telah diperoleh melalui pelbagai jenis pengalaman yang berlaku dalam kehidupan individu akan dikenal pasti dan akan diberi pengiktirafan selayaknya. Melalui APEL akan membolehkan individu maju dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat, ini seterusnya meluaskan mobiliti pelajar dan penyertaan pelajar dewasa dalam pendidikan tinggi.

APEL [a.k.a APEL.Access – APEL.A] dilaksanakan di Malaysia bagi tujuan kemasukan ke Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT). Penilaian APEL.A telah dibuka untuk EMPAT (4) tahap kelayakan iaitu:
1. Sijil (APEL T-3);
2. Diploma (APEL T-4);
3. Sarjana Muda (APEL T-6); dan
4. Sarjana (APEL T-7).

Syarat Kelayakan Masuk melalui APEL:
1. Warganegara Malaysia, berpengalaman dalam bidang berkaitan, berumur:
a. 19 tahun bagi program Sijil
b. 20 tahun bagi program Diploma
c. 21 tahun bagi program Sarjana Muda
d. 30 tahun + STPM/diploma/setara bagi program Sarjana

serta

2. Lulus penilaian APEL iaitu Ujian Aptitud, Portfolio dan Temuduga (tahap Sarjana sahaja)

Government of Malaysia other Apps

JAKIM Touch

JAKIM Touch

Government of Malaysia
  • 0.00
MyHRMIS Mobile

MyHRMIS Mobile

Government of Malaysia
  • 0.00
e-Lembaga Peperiksaan

e-Lembaga Peperiksaan

Government of Malaysia
  • 0.00
HPjCare

HPjCare

Government of Malaysia
  • 0.00
ezAdu

ezAdu

Government of Malaysia
  • 0.00
MySales Tracker

MySales Tracker

Government of Malaysia
  • 0.00
MySejahtera

MySejahtera

Government of Malaysia
  • 3.32
MyOri

MyOri

Government of Malaysia
  • 0.00
Mobile Discovery

Mobile Discovery

Government of Malaysia
  • 0.00
PPAM

PPAM

Government of Malaysia
  • 0.00
Download